Pendidikan untuk masa hadapan
Iklan
Apa yang dipelajari di sekolah atau universiti mungkin tidak semuanya boleh digunakan di dunia nyata.
DIKATAKAN antara universiti terawal dibangunkan di dunia ialah University of Bologna di Itali pada tahun 1088.
Kini dianggarkan terdapat sekitar 20,000 hingga 30,000 universiti di seluruh dunia. Antara yang selalu disebut ialah Harvard, Oxford dan Cambridge. Tentulah universiti-universiti ini menjadi rujukan sumber ilmu pengetahuan penting dalam mengubah kehidupan manusia.Jika bilangan universiti pun sudah mencapai puluhan ribu, tentulah jumlah sekolah di seluruh dunia lebih banyak lagi. Berdasarkan carian internet, dianggarkan terdapat 641 juta pelajar di sekolah menengah pada tahun 2023. Ia sekadar memberitahu kita bahawa ilmu pengetahuan ialah keperluan manusia sejagat. Baik negara maju atau negara mundur, semua orang akan bersekolah.