Belajar lain, kerja lain
Iklan
Pekerjaan gig menjadi satu daripada alternatif kepada mereka yang masih belum mendapat peluang pekerjaan yang stabil dan tetap.
SHAH ALAM - Sebanyak 1.95 juta graduan berpendidikan tinggi di negara ini bekerja dalam bidang yang tidak setara kelayakan dan kemahiran dimiliki.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), setakat suku ketiga 2024 lebih satu pertiga penduduk berpendidikan tertiari bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir atau berkemahiran rendah. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 5.74 juta siswazah pada 2023, bekerja dalam kategori mahir.