Belajar daripada konfrontasi, Claret
Iklan
Pasukan khas British, Australia dan New Zealand dalam operasi rahsia yang dinamakan Operasi Claret.
APABILA membincangkan tentang taktik peperangan di Malaya atau Malaysia, lazimnya serangan kilat tentera Jepun dan penentangan komunis zaman darurat adalah dua kempen yang kerap diberi perhatian.
Strategi, taktik, teknik dan kelengkapan kedua-dua kempen tersebut sehingga hari ini masih terus menjadi topik perbualan, perbincangan, kertas kerja dan contoh tauladan.