Melaka hasilkan 50 tan beras, 5,000 kampit mula dijual
Iklan
Akmal Saleh - Foto: Bernama
MELAKA - Melaka berjaya menghasilkan 50 tan beras bagi tuaian musim pertama, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 5,000 kampit dengan setiap kampit 10 kilogram berharga RM26 dijual khusus kepada warganegara Malaysia sahaja.
Iklan
Iklan
"Ketetapan itu diambil bagi memastikan hanya rakyat Malaysia khususnya di Melaka sahaja mendapat manfaat beras istimewa yang dihasilkan daripada varieti benih padi MR 297.
"Bagi memastikan tiada ketirisan, untuk permulaan, Beras Melaka hanya dijual melalui agensi iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menerusi pasar tani dan Agro Bazar di bawah FAMA dan tidak dijual di pasar raya untuk musim pertama,” katanya.
Iklan
Beliau menjawab soalan dikemukakan Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) yang mahu tahu mengenai Projek Benih Padi Melaka.
Dr Muhamad Akmal berkata lebih banyak Beras Melaka akan dijual pada musim kedua bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Iklan
Katanya walaupun harganya murah namun beras itu mempunyai ciri-ciri istimewa iaitu lebih wangi dan tidak berkanji. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>