KUALA LUMPUR - Seorang pegawai pengurusan risiko mengalami kerugian RM1,150 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran rumah sewa di sebuah residensi di Sungai Besi, di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, awalnya mangsa berusia 25 tahun telah melayari laman satu sesawang dan berminat untuk menyewa sebuah unit di kediaman berkenaan dengan harga RM1,150 sebulan pada 23 April lalu.
"Mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Coco Chan untuk melihat unit tersebut.
"Kemudian pada 25 April mangsa telah pergi ke unit di tingkat 38, residensi itu dan berjumpa seorang lagi wanita dikenali sebagai Natasha kononnya ejen rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Aidil berkata, setelah mangsa melihat kediaman itu, dia kemudian diminta membuat bayaran pendahuluan.
"Mangsa telah membuat transaksi pembayaran sebanyak RM1,150 ke satu akaun bank pada 9.03 malam hari yang sama," katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, suspek mula memberikan pelbagai alasan serta gagal menyerahkan apa yang dijanjikan seperti dalam perjanjian sewa rumah.
"Mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu selepas mendapati rumah tersebut sebenarnya merupakan sebuah unit inap desa dan bukannya untuk disewa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," ujarnya.