Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda ketika pulang dari surau

Iklan
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pengkalan Arang, di sini, malam Ahad.

KUALA TERENGGANU – [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.35 malam itu, mangsa, Ali Muhamed, 77, dalam perjalanan dari arah Pengkalan Arang menuju ke rumahnya di Kampung Tebauk, di sini disahkan meninggal dunia di akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave ditunggang mangsa keluar dari bahu jalan secara tiba-tiba, sebelum melintas dan masuk ke laluan Ford Ranger dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

"Ketika kejadian, kenderaan itu sedang bergerak dari arah bandar Kuala Terengganu menuju ke tempat kerja di Gong Badak, Kuala Nerus sebelum motosikal mangsa dari arah kiri jalan melintas secara mengejut.

Iklan

"Akibat insiden itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini pada Isnin.

Menurut Azli, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.