Pengundian blockchain sukar dimanipulasi
Iklan
Teknologi blockchain memastikan tiada orang luar atau individu tidak sah boleh mengundi bagi pihak orang lain, menjadikan teknologi itu diyakini lebih berintegriti dan telus. - Gambar hiasan (Gambar kecil: SERI UTAMI DEWI)
SHAH ALAM - Proses pengundian secara dalam talian menggunakan teknologi blockchain diyakini sukar dimanipulasi dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi kerana setiap undian telah melalui satu mekanisme End-to-End Verifiable.
Pengurus Besar Powerbloc Generation, Seri Utami Dewi Kasman berkata, mekanisme tersebut memastikan hanya pengundi sah iaitu yang berdaftar dan layak mengundi di kawasan tertentu boleh mengundi.