Pengukuhan Institusi Raja-raja Melayu
Iklan
Institusi Raja-Raja Melayu berperanan menjaga dan memelihara Islam di Malaysia, dan pada masa sama menjaga hak etnik bukan Melayu. (Gambar kecil: Dr Zafir Khan)
INSTITUSI Raja-raja Melayu dan masyarakat memang tidak boleh dipisahkan. Kesetiaan kepada raja dan negara yang termaktub dalam Rukun Negara adalah tunggak kekuatan masyarakat mendepani perubahan berlaku di persekitaran kehidupan masa kini.
Kursi Institusi Raja-raja Melayu, antara inisiatif diwujudkan bagi memberi kesedaran, kefahaman jelas dan tepat kepada masyarakat berkait tadbir urus berkesan institusi tersebut.