Infrastruktur dan individualism
Iklan
Kebanyakan stesen bas utama hari ini lebih teratur, kemas dan bersih.
TEMPOH hari saya menghantar ayah ke stesen bas berhampiran rumah untuk pulang ke kampung di utara tanah air. Ia membuat saya terbayang-bayang kenangan 30 tahun lalu setiap kali ayah, ibu dan adik-adik hantar saya naik bas ekspres untuk pulang ke asrama.
Zaman itu, ahli keluarga biasanya akan berdiri sama menunggu di platform sambil berbual mesra sementara bas tiba. Kadangkala saudara mara dan teman rapat ikut sama memeriahkan suasana stesen bas.