Campur tangan pilihan raya Singapura memalukan - AMK
Iklan
Laporan Sinar Ahad. (Gambar kecil: Haziq Azfar)
SHAH ALAM - Tindakan pemimpin Pas yang membuat hantaran yang mencampuri Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) Singapura didakwa boleh memalukan negara dan tidak sepatutnya berlaku kerana mampu mencetuskan ketegangan antarabangsa.
Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, perkara itu boleh mencetuskan ketegangan antara negara dan cukup mencalarkan imej Malaysia, lebih-lebih lagi ketika negara menjadi pengerusi ASEAN pada tahun ini.