Natrah dibawa balik ke Kemaman dari Bandung
Iklan
Natrah memakai baju kurung hadiah dari Malaysia sempena hari jadinya ke 52 tahun.
HARI ini hari ketiga saya di Lake Tahoe Nevada, Amerika Syarikat. Musim bunga, tapi ais sedang mencair di sana sini. Walaupun matahari terang, tapi suhu sekitar 10-18 darjah Celsius masih sejuk terutama bila angin bertiup. Namun, dalam sejuk-sejuk ini, wawancara fasa satu dengan Natrah berjalan dalam hangat dan emosi Natrah yang sangat ceria. Inilah hari paling lega selama saya di sini.
Tambah lagi menghangatkan apabila hari ini adalah hari jadi Natrah (23 Mac 1989) - cukup 52 tahun usianya (1937-1989). Hari ini Natrah diberikan hadiah oleh anak-anaknya. Saya turut berikan beliau hadiah sepasang baju kurung batik BMB dan dompet songket daripada Kraftangan Malaysia. Seronok saya mengambil gambar Natrah dan anak-anaknya.