Pilih aliran sastera kerana takut gagal
Iklan
Anuar Foto Awani
SHAH ALAM - Penguasaan asas yang rendah dalam subjek Matematik dan Sains ketika di peringkat sekolah rendah menjadi faktor utama kurangnya minat pelajar untuk memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Dr Anuar Ahmad berkata, faktor berkenaan menyebabkan pelajar tiada keyakinan diri dengan kemampuan dalam bidang berkenaan.