Wanita dijangkiti virus Herpes selepas berkaraoke

Iklan
Seorang wanita China dijangkiti virus Herpes dipercayai merebak melalui mikrofon semasa berkaraoke. Gambar hiasan 123rf

ZHEJIANG - Seorang wanita dari wilayah Zhejiang mendakwa dirinya dijangkiti virus Herpes selepas memegang mikrofon terlalu rapat ke mulut ketika berkaraoke.

Wanita yang tidak dinamakan itu berkongsi kisahnya di Douyin tentang bagaimana dia dijangkiti virus HSV-1, yang lazimnya menyebabkan kudis pada sekitar mulut, kira-kira lapan tahun lalu.

Iklan
Iklan

Pada 2017, dia mengunjungi sebuah pusat karaoke di Zhejiang dan terlalu bersemangat ketika menyanyi, menyebabkan mikrofon dipegang terlalu dekat ke mulut.

Bagaimanapun, lepuh itu kembali dalam masa singkat, memaksanya mendapatkan rawatan perubatan sebelum disahkan dijangkiti virus HSV-1.

Iklan

"Saya perlu membawa virus ini sepanjang hayat. Tiada ubat untuk menyembuhkannya, hanya ubat untuk mengurangkan kesakitan dan gejala ini akan berulang,” katanya.

Wanita itu yakin mikrofon karaoke menjadi punca jangkitan kerana sebelum itu dia tidak pernah mengalami sebarang lepuh herpes.

Iklan

Kini, selepas lapan tahun bergelut dengan penyakit itu, lepuh mula muncul di pipinya sejak tahun ini.

Klip video wanita berkenaan tular di media sosial China. Bagaimanapun, pakar dermatologi masih belum mengesahkan sama ada seseorang benar-benar boleh dijangkiti virus HSV-1 hanya melalui sentuhan bibir dengan mikrofon tercemar. - Agensi


Wanita yang tidak dinamakan itu berkongsi kisahnya di Douyin tentang bagaimana dia dijangkiti virus HSV-1, yang lazimnya menyebabkan kudis pada sekitar mulut, kira-kira lapan tahun lalu.

Muzik: Amanda Welch Moonlight dari Soundstripe.

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

#SinarHarian #SinarTerkini #VirusHPV #Herpes #Kudis" />