Awas janji manis scammer
Iklan
Adanya komunikasi internet dan telefon mudah alih di tangan pengguna yang buta ekonomi tetapi tamak, maka muncullah scammer. Gambar hiasan
SATU sudut ekonomi Malaysia yang dari dulu hingga sekarang tidak dapat dikawal, apatah lagi dihapuskan, adalah jenayah perdagangan.
Saya telah banyak kali ceritakan kelahiran kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin pada awal abad ke-19 serta bagaimana mereka terlibat dalam ekonomi dan pentadbiran negeri-negeri Melayu waktu itu.