Penilai sastera yang adil
Iklan
Dari kiri: A. Samad Said, Shahnon Ahmad, dan Usman Awang
JARANG sekali dibicarakan tentang peranan sekumpulan ahli sastera, yang mempunyai kuasa dalam bidang penilaian karya sastera. Malah, mereka ini memiliki kuasa tertinggi menentukan sama ada sebuah teks itu bermutu atau tidak. Begitu jua kuasa diberikan kepada mereka untuk menentukan kedudukan seseorang pengarang itu sama ada unggul atau tidak.
Biasanya orang berwibawa dan mempunyai kuasa penghukum dalam sastera ialah pengkritik.