Tak salah semak latar belakang tetapi bergantung tujuan - Peguam
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung dakwaan pempengaruh dipanggil SKMM kononnya berkaitan 'scrut' Nurul Izzah.
SHAH ALAM - Tindakan semak latar belakang atau ‘scrut’ khususnya terhadap individu yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan atau badan korporat tidak menyalahi undang-undang.
Namun peguam, Mohd Ridwan Talib menjelaskan perbuatan tersebut bergantung kepada tujuan ia dilakukan.