Final Piala Malaysia: KBS yakin perlawanan aman, lancar
Iklan
Hannah Yeoh
GEORGE TOWN - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan keyakinan tinggi bahawa perlawanan akhir Piala Malaysia pada malam Sabtu akan berlangsung dalam suasana aman dan lancar.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, segala persiapan termasuk aspek keselamatan dan fasiliti telah dilengkapkan bagi memastikan kelancaran acara berprestij itu yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Iklan
Iklan
"Piala Malaysia sentiasa mendapat sambutan luar biasa dan saya yakin semua peminat bola sepak tanah air termasuk peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC sudah cukup mahir dengan perjalanan pertandingan seperti ini.
"Harapan saya adalah agar semuanya berjalan lancar dan aman. Fasiliti kita di Stadium Nasional Bukit Jalil sudah bersedia sepenuhnya, malah kita turut menerima banyak kerjasama daripada pihak polis,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Iklan
Sebelum itu, Hannah hadir ke Penang Chinese Swimming Club bagi merasmikan 1st Penang Rowing Beach Sprint Coastal Championship 2025.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan terhadap sikap profesional dan semangat kesukanan tinggi yang bakal ditunjukkan oleh penyokong kedua-dua pasukan.
Iklan
"Saya yakin peminat bola sepak Johor dan Pahang akan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan suasana kekal terkawal dan meriah sepanjang perlawanan,” katanya.
Selepas 11 tahun kempunan ke pentas akhir, Sri Pahang FC menempah tiket ke final dalam aksi penuh dramatik apabila mara dengan agregat, 3-2 menundukkan Sabah FC, 2-1 pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Februari lalu.
Keputusan tersebut menyaksikan Pahang berdepan JDT dalam perlawanan akhir sekali gus mengulangi pentas akhir Piala Malaysia 2014 yang menyaksikan Tok Gajah menjulang piala tersebut.
Dalam perlawanan tersebut, Sri Pahang menewaskan JDT menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar.
Kini, selepas lebih sedekad, kedua-dua pasukan kembali bertemu dalam perlawanan akhir, menjanjikan aksi yang penuh emosi dan sejarah.
Skuad badminton perlu bersatu untuk cemerlang di Piala Sudirman 2025
GEORGE TOWN - Kerjasama sebagai satu pasukan merupakan elemen penting dalam mengangkat martabat skuad badminton negara ke tahap lebih tinggi di pentas antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Malaysia memiliki barisan pemain berbakat dalam semua kategori, justeru potensi tersebut perlu dimanfaatkan dengan memberi tumpuan kepada semangat berpasukan bagi menghadapi cabaran Piala Sudirman 2025 yang akan bermula pada Ahad ini.
"Sebenarnya, kedudukan ranking pemain-pemain badminton negara adalah baik, terutamanya dalam kategori berpasukan.
"Kita mempunyai bakat dalam semua kategori dan saya percaya, jika setiap aktiviti difokuskan serta pemain bermain sebagai satu pasukan, kejayaan pasti akan diperoleh. Itu yang paling penting," katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Terdahulu, beliau hadir bagi merasmikan Kejohanan 1st Penang Rowing Beach Sprint Coastal Championship 2025 di Penang Chinese Swimming Club. Tambah beliau, tidak kira sama ada pemain berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemain profesional atau bebas, mereka perlu bersatu hati apabila mewakili negara.
"Tidak kiralah BAM, profesional ataupun pemain bebas, apabila mereka keluar mewakili Malaysia, mereka perlu bersatu.
"Kita adalah satu pasukan, dan saya yakin skuad ini mampu membantu Malaysia dan memberikan yang terbaik untuk negara, bukan sahaja dalam Piala Sudirman, malah dalam kejohanan lain juga," ujarnya.
Hannah turut menekankan bahawa para peminat sukan tanah air hanya mahu melihat atlet negara memberikan aksi terbaik, tanpa mengira latar belakang mereka.
"Apabila berada di pentas kejohanan, setiap pemain perlu memberikan persembahan terbaik. Tidak kira siapa peminatnya, mereka pasti menghargai semangat kesukanan itu.
"Itulah perkara paling penting," tambahnya.
Beliau turut menyeru agar setiap pemain terus berjuang dengan sepenuh hati demi mengharumkan nama negara.
"Beraksilah dengan sepenuh hati sebagai satu pasukan. Saya yakin skuad Malaysia mampu cemerlang dalam kejohanan Piala Sudirman kali ini," katanya lagi.
Kejohanan Piala Sudirman 2025 akan berlangsung di Xiamen, China dari 27 April hingga 4 Mei ini. Untuk edisi ke-19 kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Australia dan Perancis, dengan pencapaian terbaik negara sebelum ini adalah mara ke peringkat separuh akhir pada edisi 2009, 2021 dan 2023.
Berdasarkan jadual kejohanan, skuad negara akan memulakan kempen menentang Perancis pada 28 April, diikuti Australia (29 April) dan Jepun (1 Mei). Bagi acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Justin Hoh akan menggalas cabaran negara, manakala perseorangan wanita bakal diperkuatkan oleh pemain profesional Goh Jin Wei serta pemain muda, K Letshanaa.
Untuk beregu lelaki, trio utama negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan menjadi sandaran utama. Acara beregu wanita pula menyaksikan dua gandingan diturunkan, iaitu Pearly Tan-M Thinaah dan Go Pei Kee-Carmen Ting.
Sementara itu, dalam acara beregu campuran, Malaysia mempertaruhkan tiga pasangan iaitu Goh Soon Huat-Shevon Lai, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin bagi memberikan kepelbagaian strategi dalam kejohanan berprestij itu.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.