MoU Malaysia-China kurangkan risiko perniagaan antarabangsa
Iklan
Perdana Menteri mengarahkan semua MoU dan kerjasama antara Malaysia dan China dilaksanakan segera.
SHAH ALAM - Arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyegerakan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan China adalah langkah strategik dalam mengurangkan risiko perniagaan antarabangsa.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mustazar Mansur berkata, Malaysia perlu berhadapan dengan beberapa risiko seperti konflik kewangan, perbezaan budaya dan campur tangan politik dalam menjalankan perniagaan antarabangsa, namun MoU dapat mengurangkan risiko itu.