Pantau visa percuma elak salah guna
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Yazid
SHAH ALAM - Malaysia disaran menggunakan sistem pemantauan digital untuk mengesan sekiranya berlaku sebarang corak pelanggaran tempoh tinggal atau pekerjaan haram membabitkan pelancong ke negara ini, susulan pelanjutan kemudahan perjalanan tanpa visa Malaysia-China selama lima tahun lagi.
Pakar undang-undang antarabangsa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, dasar tersebut diakui membuka peluang strategik untuk Malaysia meningkatkan kedudukan dari segi ekonomi, diplomatik dan budaya, namun ia tidak terlepas daripada cabaran.