Ekonomi Malaysia berkembang, kuasa beli rakyat berkurang
Iklan
Perang perdagangan global yang berlarutan akan meningkatkan tekanan kepada pertumbuhan ekonomi, dan juga inflasi terhadap barangan import, khususnya makanan. Gambar hiasan
TIGA tahun selepas pandemik berakhir, ekonomi negara menunjukkan kemajuan ketara. Namun, walaupun penunjuk makroekonomi mencatatkan prestasi memberangsangkan, cabaran masih wujud dalam memastikan pemulihan ini benar-benar meningkatkan taraf hidup rakyat.
Ekonomi negara berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang sebanyak 16 peratus sejak 2019 dan pelaburan bagi tahun 2024 mencecah RM378.5 bilion - tertinggi dalam sejarah dan hampir 15 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.