Ketua Hakim Negara perlu berkhidmat lebih 30 bulan - Mohamed Haniff
Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung pemilihan Ketua Hakim Negara yang baharu, apabila penyandangnya, Tengku Maimun bakal bersara pertengahan tahun ini.
SHAH ALAM – Seorang peguam mencadangkan calon Ketua Hakim Negara yang bakal dilantik kelak dapat berkhidmat lebih 30 bulan.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, cadangan itu bagi membolehkan calon berkhidmat dan mentadbir urus dengan lebih berkesan dalam institusi kehakiman.