PENGURUS pasukan Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh menyuarakan keyakinan bahawa skuad Tok Gajah mampu mencipta kejutan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) malam ini.
Keyakinan disuarakan Dollah bukan sekadar cakap-cakp kosong tapi berdasarkan rentetan tiga kemenangan berturut-turut dalam baki perlawanan Liga Super yang telah melabuhkan tirai baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Menurut bekas pemain kebangsaan itu, Sri Pahang juga akan turut tanpa tekanan kerana segala perhatian tertumpu kepada JDT.
"Atas kertas memang kelebihan berpihak kepada JDT. Tapi, Pahang juga tampil di pentas final dengan motivasi tambahan.
"Kemenangan hatrik pada baki saingan Liga Super sudah tentu menjadi bekalan semangat pemain untuk berdepan JDT nanti,” ujarya.