California atasi Jepun, ekonomi keempat terbesar dunia

Iklan
California mengatasi Jepun untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia. Foto Agensi

ISTANBUL - California mengatasi Jepun untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dunia, menurut Gabenor Gavin Newsom yang memetik data Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Biro Analisis Ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal negeri itu mencecah AS$4.1 trilion pada 2024, mengatasi Jepun yang mencatatkan AS$4.02 trilion, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Iklan
Iklan

California kini berada di belakang AS (AS$29.18 trilion), China (AS$18.74 trilion) dan Jerman (AS$4.65 trilion).

"California bukan sahaja setanding dengan dunia - kita menetapkan rentaknya. Ekonomi kita terus berkembang kerana kita melabur dalam rakyat, mengutamakan kelestarian dan percaya pada kuasa inovasi,” kata Newsom dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa kemajuan negeri itu boleh terjejas akibat dasar tarif pentadbiran Trump yang disifatkannya sebagai"tidak bertanggungjawab”, sambil menegaskan bahawa"ekonomi California adalah pemacu ekonomi negara dan mesti dilindungi.”

Ekonomi California berkembang 6 peratus pada 2024, mengatasi kadar pertumbuhan AS (5.3 peratus), China (2.6 peratus) dan Jerman (2.9 peratus).

Iklan

Dengan populasi kira-kira 40 juta orang, California merupakan pusat utama teknologi dan hiburan, selain mendahului AS dalam pengeluaran pembuatan dan pertanian. - Bernama-Anadolu