Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi
Iklan
Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3615/3870 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 pada Khamis. Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.
Iklan
Iklan
Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 99.303 mata.
Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3615/3870 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 pada Khamis.
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal positif berbanding dolar AS susulan penurunan DXY.
"Penanda aras ekuiti AS meningkat manakala hasil Perbendaharaan AS merosot apabila gesaan kepada penurunan kadar faedah yang agresif semakin kuat berikutan tarif import yang tinggi boleh menjejaskan ekonomi AS.
Iklan
"Pegawai Fed seperti Christopher Waller mencadangkan penurunan kadar faedah perlu dilaksanakan berikutan tarif yang tinggi boleh memberi impak negatif kepada pasaran tenaga kerja,” katanya kepada Bernama.
Dalam negara, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0528/0708 daripada 3.0670/0710 semasa ditutup semalam, naik berbanding pound kepada 5.8121/8461 daripada 5.8127/8201, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9599/9889 daripada 4.9738/9801.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3233/3432 daripada 3.3307/3354 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0510/1398 daripada 13.0632/0874.
Mata wang tempatan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.76 daripada 7.72/7.74 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/260.1 daripada 258.9/259.4. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>