Kempen Umrah 1,000 Asnaf mudahkan akses tunaikan ibadah

Iklan
Sebahagian penerima tajaan Umrah 1,000 Asnaf.

SHAH ALAM - Kempen Umrah 1,000 Asnaf anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) memudahkan akses kepada umat Islam untuk menunaikan umrah sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ikhlas Kamarudin berkata, pakej yang disediakan bermula serendah RM4,990 namun ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan jemaah.

Iklan
Iklan

"Hasrat ikhlas.com adalah menyediakan perkhidmatan kepada golongan yang kurang diberi perhatian seperti syarikat induk kami, AirAsia (kini Capital A Berhad) tetapi dalam memenuhi pasaran umrah.

"Oleh itu, selepas lima tahun, kami ingin meraikan hakikat bahawa ikhlas.com kini merupakan pengendali umrah yang diyakini dengan harga yang paling berpatutan dan jaminan kualiti perkhidmatan khusus untuk tetamu ALLAH.

Iklan

"Pakej flagship kami yang bermula serendah RM4,990 tetapi dilengkapi dengan penginapan, pengangkutan, umrah berpandu mutawif, ziarah dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan jemaah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Ikhlas, bagi memacu kempen Umrah 1,000 Asnaf, sebuah Mercedes S124 300TE klasik 1987 atau ‘Qashwa’ akan menjelajah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dalam pencarian calon yang layak untuk ditaja menunaikan umrah.

Iklan

Tambahnya, ia juga merupakan usaha ikhlas.com untuk menghulurkan bantuan dan memberi impak positif menerusi usaha tanggungjawab sosial.

"Qashwa juga mewakili umat Islam masa kini dan jenama ikhlas.com untuk menegakkan nilai tradisi Islam dengan pendekatan moden.

"Kita akan memasuki kawasan dalam dan luar bandar bersama barangan keperluan seperti makanan, pakaian, keperluan asas untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

"Misi Qashwa adalah untuk meraih penglibatan dan menggerakkan komuniti setempat di seluruh negara dalam usaha mengenal pasti calon paling sesuai selain mendapatkan sokongan daripada semua pihak termasuk dermawan, entiti korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi swasta serta kerajaan untuk menjayakan kempen ini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun, menerusi program tersebut diharapkan lebih ramai pihak dan rakan kongsi akan menyertai gerakan itu demi manfaat ummah.

"Kami mengharapkan rakan kongsi lain menyertai pergerakan ini demi manfaat ummah,” katanya.

Rakyat Malaysia boleh menghantar pencalonan melalui Instagram @ikhlasdotcom dengan tanda pagar #IkhlasUmrah1000Asnaf dan bukti visual situasi asnaf serta ikhlas.com akan melawat calon yang disenarai pendek untuk temuduga sebelum memilih penerima tajaan Umrah 1,000 Asnaf.