Bentuk strategi berdasarkan senario
Iklan
Setiap perniagaan memerlukan strategi untuk mencapai kedudukan masa depan yang dicita-citakan. Gambar hiasan
SETIAP perniagaan memerlukan strategi untuk mencapai kedudukan masa depan yang dicita-citakan. Tanpa strategi, kita boleh bergerak tanpa haluan. Akhirnya tenaga yang dicurahkan tidak membawa perniagaan ke mana-mana.
Satu perkara saya perhatikan dalam proses pembentukan strategi ialah kegagalan untuk mengambil kira pelbagai senario masa depan yang boleh berlaku tanpa kita duga.