UIAM terajui dialog Islam, konfusianisme
Iklan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
SATU daripada hasil penting lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini, tetapi tidak mendapat liputan sewajarnya ialah termeterainya memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Persatuan Konfusius Antarabangsa (ICA) mengenai kerjasama dalam dialog antara Tamadun Islam dan Tamadun Konfusius.
Ia selaras dengan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan China. Ia langkah penting dalam menggalakkan interaksi bermakna antara pelbagai tamadun iaitu dengan memupuk persefahaman, rasa hormat dan perkongsian nilai-nilai sejagat.