SULAWESI SELATAN, INDONESIA - Seorang lelaki di Kabupaten Pinrang, di sini ditahan polis selepas bertindak memecahkan peti besi berisi wang bernilai Rp 402 juta (RM120,000) milik keluarga mentuanya gara-gara sakit hati diejek miskin oleh mereka.
Memetik laporan detikSulsel pada Khamis, Ketua Polis Daerah Pinrang, AKBP Edy Sabhara berkata, pihak polis berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai RU,27, dalam satu kejadian pada 23 Mac lalu kira-kira jam 3 petang waktu Malaysia.