'Saya hanya tegur Ketua Polis Kelantan' - ADUN Melor
Iklan
Wan Rohimi
KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud menjelaskan apa yang disebut olehnya semasa sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Selasa adalah untuk menegur Ketua Polis Kelantan di atas siri-siri kenyataan yang memberikan imej negatif terhadap negeri ini.
"Saya menegur penjawat awam. Tak kan tidak boleh tegur sedangkan Perdana Menteri pun kami tegur ralik...ralik.
Iklan
Iklan
"Kepada Jazlan (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub) tidak payah masuk campur hendak lagakan saya dengan polis," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui semasa Sidang DUN di sini pada Rabu.
Menurut Wan Rohimi, kalau pendedahan kes polis melibatkan operasi besar-besaran, siapa yang ditangkap itu dibolehkan.
Iklan
Ujarnya, menjadi persoalan sekarang ialah kenyataan yang diberikan 'kosong' tiada tangkapan sekadar memberikan bayangan.
Beliau berkata, kenyataan begitu boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap Kelantan.
Iklan
"Sepatutnya penjawat awam lebih berdisiplin tentang data dan janganlah beri kenyataan yang tidak bermesej. Pendedahan haruslah lebih detail," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Wan Rohimi mendakwa beberapa kenyataan yang dikeluarkan polis Kelantan sebagai cubaan memberi gambaran negatif terhadap negeri ini.
Menurutnya, kenyataan terbabit dikeluarkan secara berturut-turut dan kelihatan seolah-olah disengajakan bagi menimbulkan persepsi bahawa Kelantan adalah negeri yang tidak selamat untuk didiami.
Sementara itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub mengecam kenyataan Wan Rohimi yang mengaitkan kenyataan Ketua Polis negeri dan Timbalan Ketua Polis Negara bermotifkan politik, sambil berlindung di sebalik 'imuniti' DUN.
Dakwanya, Wan Rohimi telah secara melulu dan tidak cermat apabila menuduh Ketua Polis Kelantan dan Timbalan Ketua Polis Negara sengaja mengeluarkan kenyataan negatif tentang negeri ini untuk tujuan pilihan raya di Ayer Kuning, Tapah, Perak yang bakal berlangsung pada 26 April ini.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.