Akaun Gema Biru tidak wakili BN Terengganu - Ketua Pemuda

Iklan
Perkongsian Tengku Haphiz mengenai akaun palsu tersebut di laman sosialnya.

KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menafikan sebarang kaitan dengan akaun media sosial dikenali sebagai Gema Biru yang didakwa menyebarkan kenyataan serta poster palsu menggunakan namanya.

Menurutnya, akaun tersebut tidak pernah mewakili Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO Terengganu secara rasmi dan dikendalikan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan kekeliruan serta menggugat ketenteraman awam.

Iklan
Iklan

"Akaun Gema Biru ini jelas dimiliki oleh pihak musuh yang mempunyai agenda politik tertentu. Mereka menyebarkan fitnah dan menggunakan wajah saya dalam poster palsu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tengku Haphiz menafikan sebarang kaitan dengan akaun media sosial Gema Biru yang didakwa menyebarkan kenyataan serta poster palsu menggunakan namanya.

Tengku Haphiz berkata, pihaknya telah membuat beberapa laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pengurusan Facebook untuk tindakan lanjut.

Iklan

Beliau turut menggesa pentadbir laman sosial termasuk pengendali Facebook segera membatalkan akaun tersebut dan menyekat segala aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik dirinya dan parti.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang disebarkan. Justeru, saya mohon semua pihak yang telah berkongsi poster palsu itu supaya memadamkannya dengan segera," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini, tular kenyataan daripada akaun tersebut mendakwa Pemuda UMNO Terengganu akan membuat laporan polis terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan mengundi lebih utama daripada menunaikan haji.