Ada 'kuasa ketiga'?
Iklan
Pemilihan PKR cabang menyaksikan ramai tokoh utama parti tumbang termasuklah menteri, timbalan menteri, ahli Parlimen dan ADUN. Gambar hiasan
Menarik juga apa yang berlaku dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat cabang. Banyaklah orang-orang besar parti yang tumbang. Mereka termasuklah menteri, timbalan menteri, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Memang kekalahan mereka mengejutkan. Tentulah ada yang tak puas hati dengan kekalahan itu. Ada juga yang tuduh ada kongkalikong dalam pemilihan. Ada yang persoal kaedah undian. Ada yang kata ada politik wang terbabit.