Siti Nurhaliza kembali beraksi di Stadium Tertutup Singapura Julai nanti

Iklan
Datuk Seri Siti Nurhaliza. Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR - Selepas dua dekad, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal kembali menggegarkan Stadium Tertutup Singapura menerusi konsert"Dato’ Sri Siti Nurhaliza - The Next Wave Live in Singapore’ pada 26 Julai depan.

Konsert berkenaan merupakan sebahagian daripada sambutan 30 tahun perjalanan ikon muzik tersohor itu dalam industri seni.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran rasmi di Instagram @ sisticsingapore, kali terakhir pelantun lagu Anta Permana itu beraksi di pentas tersebut ialah pada 2005.

"Kini, selepas dua dekad, beliau kembali dengan penuh semangat dan aura baharu untuk memberikan persembahan yang pasti menggetarkan jiwa!,” menurut hantaran itu hari ini.

Iklan

Tiket bagi konsert itu akan dijual bermula jam 12 tengah hari, 24 April ini, menerusi http://sistic.com.sg/events/siti0725.- Bernama

Iklan