Ahmad Zahid bertemu Yang Dipertua Negeri Melaka

Iklan
Ahmad Zahid - Foto BERNAMA

MELAKA- Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), memasuki Seri Negeri pada jam 11.51 pagi.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Omar Jaafar.

Pada Isnin lepas, Mohd Khalil dilaporkan telah mendapat representasi bahawa Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli DUN (ADUN) Melaka.

Iklan
Iklan

Pada sidang media pada Isnin, Ab Rauf mendakwa gabungan baharu memperoleh sokongan 17 ADUN daripada keseluruhan 28 bagi membentuk kerajaan negeri.- Bernama