12 PATI warga Kemboja ditahan dalam Op Sapu

Iklan
Kesemua PATI ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Kemboja dalam Op Sapu yang dijalankan pada Isnin di sekitar Kota Bharu dan Bachok.

Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, operasi yang bermula jam 11 pagi itu melibatkan 17 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan.

Iklan
Iklan

"Hasil risikan, pemeriksaan dilakukan di Kampung Tok Pah Jambu, Jalan Kedai Lalat Pulau Melaka, Kota Bharu dan Kampung Belok Banggu, Bachok.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki, seorang wanita berusia 21 hingga 44 tahun.

Iklan

"Turut ditahan ialah tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia antara satu hingga 12 tahun di mana mereka ditahan bersama ibu bapa masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

JIM Kelantan menahan 12 PATI warga Kemboja dalam Op Sapu yang dijalankan pada Isnin di sekitar Kota Bharu dan Bachok.

Menurut beliau, kesemua PATI ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Iklan

Ujarnya, JIM Kelantan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat mengenai PATI atau aktiviti warga asing yang melanggar undang-undang.

"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi, memudah cara atau bersubahat melindungi PATI," tegas beliau.