PRK Ayer Kuning: Proses undi awal selesai
Iklan
Anggota polis menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, di Dewan Anggerik Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah hari ini. Foto Bernama
TAPAH - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tamat apabila dua pusat ditutup pada jam 5 petang, setelah dibuka jam 8 pagi tadi.
Iklan
Iklan
Pusat pengundian di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor ditutup pada jam 5 petang, manakala pusat pengundian di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah ditutup lebih awal iaitu pada jam 12 tengah hari.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak 92.8 peratus pengundi terdiri daripada anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 3 petang.
Iklan
Proses pengundian awal di tiga saluran itu melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).
Iklan
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, akibat serangan jantung pada 22 Februari lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="BN lebih mudah jelas kerjasama dengan PN berbanding PH - Tok Mat"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) mengakui lebih mudah menjelaskan kepada pengundi mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya kali ini berbanding Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penerimaan pengundi terhadap kerjasama berkenaan juga amat baik sepanjang tempoh berkempen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789441/berita/politik/bn-lebih-mudah-jelas-kerjasama-dengan-pn-berbanding-ph---tok-mat
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #BN #PRNNegeriSembilan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-26T05:17:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ctdbE1gPPXlomgM4e/x1080"><meta itemprop="duration" content="P74S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xas92ku"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xas92ku"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xas92ku"></script>