PRK Ayer Kuning: Tak pernah kalah, jentera BN fokus 'jual' calon

Iklan
Johari (tengah) tiba di PDM Kampung Rahmat bagi sesi perjumpaan bersama jentera BN dan masyarakat pada Selasa.

TAPAH - Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan mengamalkan strategi kempen yang bersih tanpa melibatkan serangan politik selain fokus 'jual' calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, jentera parti perlu menawarkan naratif yang lebih membina dengan menonjolkan kekuatan calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Iklan
Iklan

"Saya beritahu dengan jentera-jentera bahawa mana-mana pilihan raya pun, yang paling penting kita kena ada tiga perkara iaitu jika kita (BN) rasa ada kelemahan, kita baik pulih parti kita.

"Kemudian kita kena ada calon yang berwibawa, yang ada trek rekod yang boleh meluangkan masa dengan masyarakat dan terakhir, jentera kita mesti bekerja sebagai satu pasukan tanpa ada sabotaj.

Iklan

"Kalau kita ada konsep ini selalunya agak sukar untuk kalah jadi, kita minta mereka teruskan kerja-kerja sampai 26 April (Sabtu) ini," katanya ketika ditemui pada sesi perjumpaan bersama jentera dan masyarakat di Pusat Daerah Mengundi Kampung Rahmat di sini pada Selasa.

Naib Presiden UMNO itu turut melahirkan keyakinan bahawa kawasan DUN Ayer Kuning akan tetap kekal sebagai kubu kuat BN dengan pendekatan holistik melibatkan semua kaum.

Iklan

"Di Ayer Kuning ini lengkap dengan sejarahnya tidak pernah kalah walaupun dalam keadaan tsunami begitu teruk.

"Walaupun kita tidak dapat kawasan Coldstream yang mempunyai sekitar 1,700 pengundi tetapi dengan penglibatan MCA dan DAP kini, saya cukup yakin bahawa mereka akan melibat keberkesanan parti pemerintah negara hari ini," katanya.

Johari berkata, kerajaan kini lebih menumpukan kepada kestabilan politik.

"Kita tidak mahu ada banyak sangat penukaran, setiap kali tukar maka menyebabkan akan terganggu perkembangan ekonomi kita.

"Apabila kita lihat negara hari ini, dunia kini penuh dengqn cabaran dan kita tak mampu ada pergolakan politik, tunggulah sampai.