PASIR GUDANG - Seorang lelaki yang terjatuh dari bot ketika menjaring udang di perairan 'Johor Port' di sini pada Isnin masih belum ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dihentikan sementara.
Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan I (KUP) Haizrul Rahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira jam 1.10 tengah hari pada hari kejadian.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta beberapa balai bantuan lain bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.
"Setibanya di lokasi, pasukan operasi mengesahkan kejadian melibatkan seorang lelaki dewasa yang dipercayai terjatuh dari bot ketika menjaring udang.
"Kerja-kerja pencarian dilakukan berhampiran perairan antarabangsa Malaysia-Singapura berdasarkan maklumat daripada abang mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Penyelam PPDA melakukan selaman pada kedalaman kira-kira 20 meter menggunakan peralatan khas lengkap dalam usaha pencarian mangsa.