[VIDEO] Pemilihan PKR: Saifuddin belum buat keputusan cabar jawatan Timbalan Presiden
Iklan
PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa beliau masih belum membuat keputusan sama ada akan mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti akan datang.
Menurut bekas Setiausaha Agung PKR itu, beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan tertutup dengan Rafizi di pejabat Timbalan Presiden tersebut bagi membincangkan peranan masing-masing dalam memperkukuhkan parti.
Iklan
Iklan
"Saya sedar terdapat pandangan daripada beberapa pihak yang menyatakan sudah sampai masanya untuk saya membuat pengumuman berhubung perkara ini.
"Namun saya belum membuat sebarang ketetapan sama ada untuk bertanding atau tidak,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Saifuddin bercakap ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan bersama warga KDN pada Selasa.
Bekas Setiausaha Agung PKR itu, menegaskan kesetiaannya kepada parti tidak wajar dipersoalkan memandangkan beliau pernah memegang jawatan penting selama 14 tahun dan terlibat sejak penubuhan parti.
Iklan
"Saya bersama rakan pengasas lain membina PKR dari awal tanpa sokongan atau pengaruh. Parti ini sebahagian daripada hidup saya,” ujarnya.
Sebelum ini, penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, keputusan di 222 cabang PKR yang menyaksikan ramai penyokong Rafizi tewas memberi petunjuk kepada Saifuddin untuk mencabar Rafizi dalam pemilihan.
Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan beliau dan Rafizi saling berterus terang dalam pertemuan mereka dan komited untuk terus bekerjasama memperkukuh kepimpinan parti.
"Pemilihan adalah proses demokrasi yang tidak boleh mati dalam parti reformasi seperti PKR,” katanya.
Beliau juga menolak label ‘orang Saifuddin’ atau ‘orang Rafizi’, menyatakan bahawa semua adalah ‘orang parti’, seperti ditegaskan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengenai dakwaan ‘tangan ghaib’ dalam pemilihan parti, Saifuddin menasihatkan agar ketidakpuasan hati disalurkan melalui saluran rasmi.
"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan bermesyuarat esok dan itu platform terbaik untuk menyuarakan pandangan,” katanya.
Berhubung kekalahan beberapa tokoh besar dalam pemilihan cabang, beliau menegaskan mereka tidak akan dipinggirkan.
"Selagi berkhidmat dan setia, tetap ada tempat. Dalam parti, saya lebih banyak kalah daripada menang, tapi saya masih di sini,” tambahnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.