PRK Ayer Kuning: Dua pusat mengundi awal dibuka

Iklan
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan akhir untuk pengundian awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Selasa. Foto Bernama

TAPAH - Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Dua pusat pengundian itu ialah Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini.

Iklan
Iklan

Proses pengundian awal di tiga saluran itu melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.

Pusat pengundian awal di Batalion 3 PGA dibuka hingga 5 petang manakala di IPD Tapah ditutup pada 12 tengah hari.

Iklan

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Februari lepas. - Bernama

Iklan