Kekayaan itu hanyalah relatif
Iklan
Kaya dan miskin itu hanyalah relatif. Gambar hiasan
SEORANG komentator politik Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly menyindir lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia dengan berkata bahawa orang Melayu miskin. Tiada wang untuk membeli barang dari China. Bukan hanya orang Malaysia, negara Vietnam dan Kemboja juga disindirnya.
Cuma dalam sindirannya itu, O’Reilly menyebut ‘Malays’ dan bukannya Malaysia. Dia mungkin terlupa di Malaysia, kita bukan hanya ada orang Melayu.