KANGAR - Polis mengesahkan menerima laporan kejadian seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di sini, yang video memaparkan lelaki itu lengkap beruniform seperti petugas kesihatan itu tular melalui platform TikTok pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihak polis menerima laporan mengenai penyamaran lelaki itu pada 9 April dan kini polis sedang menyiasat kes itu secara terperinci mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.