SHAH ALAM – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan treler di Kilometer 5.1 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari arah Setia Alam menghala ke Kuala Lumpur, pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa difahamkan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah restoran di Bukit Damansara sebelum hilang kawalan dan melanggar bucu belakang kiri sebuah SUV jenis Honda HRV yang dipandu wanita berusia 64 tahun.