'Tak perlu takut wajah saya selagi tidak langgar 3R' - Akmal Saleh
Iklan
Poster yang didakwa menggunakan gambar Dr Akmal.
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas tindakan pihak tertentu yang didakwa menggunakan wajahnya pada poster kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, berserta bahasa lain bagi menyampaikan mesej politik.
Menurutnya, walaupun beliau bukan calon di DUN berkenaan, terdapat poster memaparkan wajahnya bersama calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan tulisan yang membawa maksud ‘undi Barisan Nasional (BN) = undi Dr Akmal’.
Iklan
Iklan
"Walaupun saya bukan calon di Dun Ayer kuning tetapi ada juga yang letakkan muka saya di poster bersama dengan calon...dan ditulis di situ dalam Bahasa Cina yang terjemahannya ‘undi BN = undi Dr akmal’.
"Kenapa perlu letak muka saya dan perlu letak tulisan Cina yang membawa maksud sedemikian? Takut dengan Dr akmal ini?,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.
Iklan
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri (BN), Abd Muhaimin Malek (Perikatan Nasional) dan Bawani KS (PSM).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April manakala pengundian awal pada 22 April, susulan kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning selepas penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.
Iklan
Dalam pada itu, Muhamad Akmal menegaskan, tidak perlu takut kepadanya selagi mana tidak menyentuh perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tidak perlu takut dengan saya selagi mana kamu tidak menyentuh agama, bangsa dan raja-raja yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, saya pun tidak akan menyentuh kamu.
"Tetapi kamu berani sentuh sahaja walau sedikit, tidak akan kami berganjak seinci sekali pun untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita.
"Ingatkan peguam faham Perlembagaan, tetapi sayang retorik juga rupanya,” ujarnya.
Tambahnya, beliau turut menasihati pengundi DUN Ayer Kuning agar tidak gusar untuk mengundi BN pada PRK tersebut.
Jelas Muhamad Akmal, BN telah terbukti bukan parti yang bersifat retorik dalam menjaga agama, bangsa dan tanah air.
"Siapa sekali pun yang sentuh tidak kira kawan mahupun lawan, kami akan lawan.
"Kempen lah secara sihat ya,” pesannya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.