Mesin pengisar 'makan' tuan, dua jari hancur

Iklan
Tangan mangsa tersekat pada mesin pengisar daging dan terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan segera.

TAWAU - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dua jari tangan kirinya hancur selepas tersepit pada mesin pengisar daging dalam kejadian di sebuah premis di Pusat Komersial Bazhong, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 29 tahun yang dihantar ke Hospital Tawau terpaksa dibantu oleh pasukan bomba untuk mengeluarkan tangannya yang tersekat pada mesin tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.37 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dikejar lokasi yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Tawau.

Iklan

"Menurut maklumat, ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja mengisar ikan namun tangannya tersepit pada mesin tersebut.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan tangan mangsa dengan memotong mesin tersebut menggunakan peralatan khas.

Iklan

Pasukan bomba bertungkus lumus mengeluarkan tangan mangsa yang tersekat pada mesin pengisar daging.

"Dalam kejadian itu, jari manis dan tengah bahagian tangan kiri mangsa hancur akibat terkena mesin pengisar tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Jemishin berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 3.47 petang selepas memastikan keadaan telah selamat," katanya.