Politik wang, rakyat nilailah sendiri: Ramli

Iklan
Ramli Mohd Nor - Foto Bernama

CAMERON HIGHLANDS -"Nilailah sendiri." Demikian respons calon BN, Ramli Mohd Nor mengenai penularan gambar wanita memakai baju logo PH mengagihkan wang kepada penduduk Orang Asli.

Katanya, selama ini PH mendakwa mengamalkan kempen bersih tetapi perkara sebaliknya berlaku.

Iklan
Iklan

"Itu yang saya rasa mereka laung-laungkan (kempen) bersih tetapi mereka yang praktik (politik wang). Jadi, nilailah sendiri," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau ditemui selepas sesi ramah mesra dengan penduduk Melayu di Kampung Taman Sedia, di sini.

Iklan

Ramli turut menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bersih 2.0 untuk menyiasat isu tersebut.

Iklan