KABUL - Seramai 175 banduan warga Afghanistan yang dipenjarakan di Pakistan dibebaskan dan kembali ke tanah air, menurut kenyataan Kementerian Pelarian dan Penghantaran Pulang, semalam, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, kesemua tahanan pulang ke Afghanistan pada Sabtu melalui pintu masuk sempadan Spin Boldak di Wilayah Kandahar, selatan negara itu.