KPT zahir dukacita pelajar UUM maut kemalangan
Iklan
Zambry mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian.
Pihak UUM juga telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Allahyarham - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Manarina Hasya Muhamad Karim,22, yang maut dalam kemalangan melibatkan dua buah bas di perhentian Jalan Persiaran Perdana, UUM, Sintok.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian ini.
Iklan
Iklan
"KPT menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan berdoa agar roh Almarhumah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Ahad.
Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan lanjut mengenai insiden tersebut sedang dijalankan dan laporan penuh akan dimaklumkan selepas proses siasatan selesai.
Iklan
"Pihak UUM juga telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu keluarga Allahyarham," tambahnya.
Pada Sabtu, media melaporkan dalam kejadian pukul 8.45 pagi, mangsa dilaporkan sedang melangkah masuk ke dalam bas sebelum insiden berlaku.
Iklan
Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang ketika menerima rawatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>