Watkins hantar isyarat tegas kepada Emery
Iklan
Watkins
PENYERANG Aston Villa, Ollie Watkins memberikan reaksi penuh semangat susulan kekecewaannya apabila sekadar mengisi bangku simpanan dalam beberapa perlawanan penting sebelum ini, dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam kemenangan bergaya 4-1 ke atas Newcastle United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Villa Park.
Watkins membuka tirai jaringan seawal minit pertama permainan dan dua kali hampir menambah gol peribadi, namun dinafikan tiang gol pada separuh masa pertama.
Iklan
Iklan
Beliau juga turut mencipta peluang buat rakan sepasukan, Ian Maatsen untuk meledak gol penting yang meletakkan Villa kembali di depan pada separuh masa kedua.
Tiga mata di Stadium Villa Park, melonjakkan Villa ke tangga keenam liga sekali gus meletakkan mereka dalam persaingan sengit bagi merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Iklan
Watkins yang meledak gol ke-74 dalam kancah EPL bersama Villa, menyamai rekod jaringan terbanyak kelab menyatakan bahawa beliau amat kecewa setelah diketepikan daripada kesebelasan utama dalam lima daripada enam perlawanan terakhir, termasuk kedua-dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG), apabila pengendali, Unai Emery memilih penyerang pinjaman, Marcus Rashford sebagai pengganti.
"Jadi saya fikir pengurus (Unai Emery) kini berada dalam dilema kerana saya sudah mengetuk pintu biliknya, bertanyakan kenapa saya tidak diturunkan.
Iklan
"Kami sudah berusaha keras selama beberapa tahun untuk berada pada tahap ini. Dan ya, saya hanya diberi peluang bermain selama 20 minit dalam kedua-dua perlawanan menentang PSG. Saya tidak akan menafikan, saya benar-benar marah dan berterus terang dengannya.
"Namun beliau adalah pengendali dan kita harus menghormati keputusannya. Tetapi saya bukan jenis pemain yang rela hanya duduk di bangku simpanan,” kata bekas penyerang Brentford itu lagi.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.