Dua gol lewat bawa City hampiri Liga Juara-Juara

Iklan
Kovacic penjaring gol kedua City di Goodison Park. Foto Agensi

GOL lewat permainan Nico O’Reilly dan Mateo Kovacic memastikan kemenangan penyandang juara Manchester City 2-0 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, pada Sabtu, sekali gus membuka laluan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kemenangan di Merseyside itu melonjakkan City yang beraksi lebih satu perlawanan ke tangga keempat dengan 58 mata daripada 33 perlawanan, empat mata di depan Chelsea (keenam) dan Aston Villa (ketujuh).

Iklan
Iklan

City yang terlepas peluang mempertahankan kejuaraan tampil ke laman The Toffees kendalian David Moyes dengan motivasi tinggi menguasai permainan.

Namun pasukan pelawat dipaksa berhempas pulas sepanjang 85 minit barisan pertahanan Everton sebelum mencipta peluang menguji ketangkasan Jordan Pickford.

Iklan

Peluang terbaik pasukan tuan rumah pula hadir menerusi pemain pertahanan James Tarkowski, namun tandukannya hasil sepakan penjuru sekadar menyinggah tiang pada separuh masa pertama.

Keazaman tinggi anak buah Guardiola untuk keluar pemenang dari Merseyside akhirnya dijelmakan O’Reilly apabila menolak masuk mudah hantaran lintang Matheus Nunes minit ke-84.

Iklan

Kovacic kemudian meledakkan gol kedua dari luar kotak penalti untuk mengesahkan kemenangan buat pelawat pada minit ke-92, untuk Everton kekal di tangga ke-13 dengan 38 mata daripada 33 perlawanan.

Sementara itu, pemain tengah City, Ilkay Gundogan berkata:"Kami terpaksa bekerja keras di sini, malah padang ini sentiasa sukar untuk ditakluki berdasarkan cara mereka memainkan perlawanan.

"Kami perlu berhati-hati, mungkin pada awalnya kami tidak mahu mengambil terlalu banyak risiko.

"Kami bangkit pada separuh masa kedua dan melakukannya dengan cara yang cukup cemerlang. Dan sememangnya layak untuk meraih tiga mata."

Dalam pada itu, Moyes mengambil beberapa perkara positif daripada perlawanan tersebut kecewa berikutan kecederaan hamstring dialami Tarkowski sehingga terpaksa dikeluarkan.

"Saya fikir selama 60 minit kami bermain dengan baik dan memberikan mereka perlawanan yang sengit... Keluarnya Tarky (Tarkowski) mengubah banyak perkara dalam perlawanan.

"Pemain gantian mereka memberikan impak yang besar, sementara pemain gantian kami sebaliknya. Mereka menguasai permainan pada separuh masa kedua," kata Moyes.

INFO

Lima pasukan teratas Liga Perdana Inggeris akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.