Punca pelanggaran undang-undang
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai isu pencerobohan tanah di Pahang dan kegiatan haram melibatkan e-waste di Perak.
DI Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah naik darah kerana perbuatan menduduki tanah kerajaan secara haram.
Baginda turut mendedahkan seluas 14,495 hektar tanah kerajaan di negeri itu telah dicerobohi dan diusahakan secara haram dengan tanaman seperti kelapa sawit, getah serta durian dan pencurian pelbagai hasil bumi.